Thursday, 27 October 2011

Praktis Jawi : SK Kuala Ketil

Pintu masuk sekolah.
Peserta kursus kusyuk mendengar ceramah.
Beramah mesra bersama peserta tahun 5 dan 6.
Sepanjang cuti ni, saya dijemput menyampaikan ceramah Praktis Jawi Baru, di beberapa tempat. Salah satunya di SK Kuala Ketil, selama 2 hari pada 24 dan 25 Oktober 2011.. Pihak penganjur nak 2 hari sebab, peruntukan masih ada, pelajar cepat dapat dan faham serta ini akan dijadikan aktiviti tahunan. Saya pun menerima dengan hati berbunga-bunga,sebabnya murid pesertanya tahun 5 dan 6...hampir 200 orang.

Hari pertama, mereka hanya diberikan kaedah asas jawi manakala hari kedua, tajuk-tajuknya agak "tinggi" apapun dengan dibantu tiga orang fasi, Azizan, Marhaini dan Fauzi ( semuanya sebaya, lepasan PMR ), suasana membungkam yang menyelimuti peserta semakin riuh dan kecoh dengan masing-masing berlumba-lumba untuk bersaing sesama sendiri menulis, mengeja jawi dengan tepat.

Seperti biasa, murid-murid peserta dibetulkan tulisan huruf hijaiyah, rata-rata peserta kursus di mana-mana tempat pun yang saya ikuti, tulisan sangat bermasalah. Paling merimaskan, mereka dapat menguasai kaedah tetapi tidak mampu meyambung, merangkai, menghubung huruf-huruf jawi. Terlintas juga nak menyelidik cara terbaik, jalan pintas cara menyambung huruf dengan cepat tetapi dengan kekangan masa dan komitmen lain yang berterusan datang tanpa diduga akhirnya seperti seadanya " kamu kena belajar dengan ustaz-ustazah selepas ini untuk menghubungkan huruf",   halus bahasanya.....
Bersama PK HEM, En Yusuf Abdullah.
Saya berterima kasih kepada Guru Besar, Penolong Kanan Hem, dan Ketua Panitia P. Islam serta ustaz/ustazah yang setia menjaga karenah anak-anak buah,  Usaha memartabatkan jawi dipersada dunia amat dihargai moga akhirnya, meeka akan celik minda, kenal diri, serta tinggi budinya...jumpa lagi insya Allah seepas ini di UKM,  pesertanya, seluruh guru Pasti Negeri Selangor.



No comments:

Post a Comment