Friday 16 December 2011

Kesalahan Ejaan Jawi " sakit mata memandang" Ohhh....Jawiku, Jawimu jua..


Apabila kita lalui  dipersimpangan jalan di Bandaraya Alor Setar, terpampang di sana-sini iklan barangan atau perkhidmatan cantik dengan paparan tulisan dan dimuatkan dengan gadis-gadis yang manis dan"cute"...di selitkan juga dengan tulisan jawi, semata-mata untuk menarik pelanggan. Namun disebalik tulisan yang dikatakan jawi itu, ada yang mengeja dengan baik dan tidak kurang juga yang teruk dan menyakitkan mata...
         Ejaan sebenar untuk " bacalah " ialah   selepas huruf  ca, perlu ditambah huruf "alif" , manakala gambar iklan seterusnya, pihak berkenaan perlu peka dengan ejaan jawi, rugi dan membazir sahaja iklan yang sebegini rupa dipamerkan dikhalayak umum.. memalukan!

Thursday 15 December 2011

Persidangan Kebangsaan Tulisan Jawi Kali Ke-2 di Perpustakaan Negara Malaysia, KL

Sudah lama saya menyimpan hasrat untuk bertemu dengan tokoh-tokoh tersohor tulisan jawi di Malaysia.Hanya baru-baru ni pada tanggal 5-6 Disember saya sangat teruja dengan pertemuan tersebut...Dalam program "Persidangan Kebangsaan Tulisan jawi Kali ke-2 di Perpustakaan Negara .
Bersama Tn Hj Hamdan( Penyelidik UKM), Ust Ujud Sindut ( Penulis Buku Kaedah Ujudi) dan Tn Hj Azman (DBP)

Tn Hj Azman Hj Ahmad sedang kusyuk meneliti bahan yang akan dibentang dalam sidang.

Ust Hj Azman al Kurauwi sedang membaca doa.

Bersama Tn Hj Hamdan Abd Rahman ( Penulis buku Panduan Menulis dan mengeja Jawi )
             Pertama saya hanya kenal namanya, Tn Hj Hamdan Abd Rahman, tetapi kali ini saya duduk bersamanya dan banyak berbual mengenai jawi semasa, saya ucapkan terima kasih tidak terhingga kepadanya kerana buku beliau "Panduan Menulis dan Mengeja Jawi" keluaran tahun 1999, menjadi rujukan utama disepanjang penglibatan saya dalam arena memartabatkan jawi, Saya menjadikan tajuk-tajuk keseluruhan buku tersebut sebagai "rumuz" bagi kefahaman yang cepat anak-anak didik saya. Beliau juga menasihatkan saya agar meneruskan kerja-kerja mulia ini, kerana siapa lagi kalau tidak kita untuk mengekalkan khazanah warisan yang berharga ini. Beliau juga mempunyai pandangan yang bernas lagi kritis dalam menyampaikan hujahan pada seminar tersebut.

           Keduanya, saya juga berkesempatan bertemu dengan Pakar rujuk Jawi DBP, Tn Hj Azman Hj Ahmad, beliau sangat teliti dan mudah fokus terhadap sesuatu yang dilihatnya, sebagai contoh saya menunjukkan buku saya, dengan tiba-tiba beliau menegur," tolong betulkan ... DBP mana ada kaedah Jawi, DBP hanya menyelaras sahaja..". Tergamam saya...kerana sejak tiga tahun buku ini dipasaran, ini kali pertama teguran yang saya terima, terima kasih....saya juga tunjukkan kaedah yang saya gunakan untuk sasaran, beliau bersetuju dan memang ada sedikit persamaan dari segi kaedah penyampaian. Beliau juga mengajak saya dan juga rakan yang berkemampuan menguasai jawi untuk bersama dengannya bagi mengembangkan lagi kaedah  Tulusan Jawi Yang Disempurnakan ( AJYAD) keseluruh pelusuk tanahair tercinta ini. Kehebatan beliau amat terserlah bukan sahaja di bidang tulisan warisan ini bahkan juga beliau terlibat  mengarang novel-novel dalam bentuk dakwah. Tajuk yang beliau  bentangkan Pengajaran Jawi di Media Massa, Mahir Jawi TV 9.  Kupasan dan hujahan serta cadangan yang dikemukakan membuka mata ahli persidangan betapa jawi walaupun nak dipersadakan dalam masyarakat, namun di sana pihak berkenaan perlu berhati-hati menyiarkan bahan berttulisan jawi agar masyarakat yang menonton dapat bimbingan yang tepat tentang bahan yang disiarkan. Syabas Tn Hj Azman, amat berfungsi mencelik minda audien.

          Yang ketiganya saya juga berkesempatan bertemu muka dengan Pensyarah Kanan Fakulti Bahasa dan Komunikasi  di UPSI, Tn Hj Profesor Dr Muhamad Bukhari Lubis, yang memotivasikan saya dan rakan, ust Mansor dari Kelantan untuk menyambung pelajaran di peringkat sarjana dengan menulis tajuk berkaitan tulisan jawi,Waah..! beruntungnya saya dan rasa cukup berbaloi dengan kehadiran saya di sana, walaupun pada masa yang sama banyak komitmen lain perlu saya bereskan tapi saya abaikan demi merebut peluang keemasan yang entah bila pula dapat saya sertai lagi.