Saturday 15 September 2012



Jawi dengan kaedah mudah!

Jangan risau...kaedah nak memahami aturan hukum jawi ustaz telah jalankan untuk peserta kursus:
            
            Perkataan
ڬاڬه    هابيس    : Habis  -  Gagah : Ejaan ini adalah ejaan jawi secara lazim.
 
Lazimnya, Ha/  - suku kata tertutup = semua huruf rumi mesti ditulis  jawi . manakala "bis" suku kata tertutup juga ditulis semua huruf rumi dengan  huruf jawi

Ga/ : Suku kata terbuka, semua huruf ditulis jawi, manakala gah/ suku kata tertutup, hendaklah dibuang huruf a/ sebagai huruf alif. ( gah ) : suku kata tertutp yang mengandungi huruf "a" di tengah, hendaklah dibuang!
 
                Perkataan
سام  رات   : Rata - Sama : Ejaan jawinya luar hukum lazim. 
 
Kita akan ikuti sambungannya! fahami dulu ejaan jawi secara LAZIM

Friday 14 September 2012

Praktis Jawi di

Alhamdulillah! Setelah lama terfikir dan ingin mengetengahkan kaedah jawi kepada anak-anak pelajar di Maktab Mahmud, akhirnya,dapat juga ust dijemput menemui hampir 500 orang pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 2.
Wah! hebat benar dewan besar Maktab Mahmud, yang pertama kalinya baru siap dan pelajar dengan selesanya dapat mengikuti kaedah jawi bermula jam 8.00 pagi dan berakhir pukul 1.00 tengah hari!.




   Barulah semua warga Maktab Mahmud merasakan bahawa tulisan jawi bukan sahaja perlu dipelajari kaedahnya malah mereka akan berhati-hati menulis jawi yang betul.
لاما تيدق منوليس جاوي