Friday 4 November 2011

Praktis Jawi : Formula E Pepet & Taling

E Pepet dan E taling, merupakan  tata bahasa Melayu yang berbeza bunyi dan sebutan.  Contoh di atas :

Lebat, telur, Jelas, dan seram merupakan E pepet manakala lereng, teres, jengket, senget cotoh E taling.

    Formula Jawi:  semua e pepet tidak ditulis huruf   "  ي   " manakala E taling pula sebaliknya, mesti ditulis huruf " ي  " ....

                                                       Insya Allah kita jumpa lagi pada siri akan datang, salam hormat.....

   

Wednesday 2 November 2011

Belajar Tulisan dan Kaedah Jawi

Sebagai guru pendidikan Islam, saya amat mengutamakan semua anak didik saya akan dapat menguasai tulisan jawi dengan baik, melihat kepada ilmu-ilmu Islam yang pintunya melalui tulisan jawi ( memetik kata-kata Prof, Madya Suffian Hussein  - UKM ) maka saya yakin bahawa pelajar yang mampu menulis dan membaca tulisan jawi, mereka sebenarnya sudah mengenal huruf-huruf al-Quran.Sebagai guru, keprihatinan terhadap tahap penguasaan murid terhadap asas jawi perlu disematkukuh dalam sanubari para ustaz dan ustazah, tanpa kekuatan iltizam dan semangat ke arah itu, kita akan tinggalkan generasi selepas ini, "kelam jawi" yang akhirnya kita sendiri yang mewarnai masa depan mereka akan tersesak dada sesesak-sesaknya apabila menyaksikan mereka hidup di dunia tanpa jawi di dada mereka. Malah bukan terhenti disitu sahaja, selepas ketiadaan kita, kesinambungan generasi seterusnya terus alpa jawi tanpa nisan yang sepatutnya mereka pacakkan dibumi sendiri.