Friday 18 April 2014


Sehari Pengkaedahan Jawi di SM Teknik Alor Setar.

     
      Bertempat di Dewan Utama SM Teknik AlorSetar, seramai  140 orang pelajar putera Tenik AlorSetar mengikuti asas mengenal Jawi. Ketekunan dan tanpa mengenal penat, siri pembelajaran yang masuk tahun kedua saya dijemput, para peserta dapat menghabiskan masa selama 6 jam mngikuti program yang amat bermakna ini. Lantaran pertama kali mereka mengikuti asas Jawi, baru mereka sedari bahawa sebenarnya Jawi ini mudah dan perlukan latih tubi berterusan.











 Bermula dengan tajuk  suku kata diikuti dengan  pengenalan e pepet dan e taling seterusnya  a-a + KT 12 dan KT 5, nampaknya mereka dapat sesuatu yang baru. Sesekali, saya terpaksa memberi fokus kepada pelajar yang belum menguasai rangkai kata. Pada sebelah petang pula pengenalan tataletak huruf hamzah dalam perkataan dan banyak yang mereka dapat hasil tips atau rumus yang saya sediakan sepanjang program, mudah-mudahan bukan sahaja mereka dapat melepasi peperiksaan SPM dengan baik malah lebih jauh lagi mereka mampu mengekalkan Jawi di dada mereka buat akhir hayat!



Baru-baru ini bertempat di Dewan Bahasa dan Pustaka, saya dan rakan Munsyi mengikuti satu program anjuran DBP, Wacana Jawi, yang mengumpulkan semua Munsyi Dewan Jawi dan juga rakan-rakan dari instutusi pengajian seluruh negara. Meriahnya program ini walaupun penganjurannya sehari sahaja,namun, hasil perbincangannya dapat dibawa pulang untuk dijadikan panduan.




Moga dengan pertemuan dan sudah tentu ilmunya yang dikaut, akan menambahkan kemeriahan menyemarakkan Jawi di persada negara. Usaha yang bersungguh di kalangan urus setia, Tuan Haji Azman Ahmad, khususnya  menjadikan program ini mendapat tempat di akhbar utama tanah air, syabas!

 

Tuesday 15 April 2014

 Jawi...

       Sesiapa yang tidak pernah menyertai pengkaedahan Jawi [ AJYAD] sering keliru  untuk membaca Jawi, jika ejaannya  seperti saya [  ساي ], waja [واج ] gugur alif, manakala atas bentuk yang sama juga adanya a- a dikekalkan alif seperti  'lada' [ لادا  ]، nganga [ ڠاڠا ].

       Rupa-rupanya, inilah satu kesenian dan juga satu kelebihan ilmu Jawi yang masih kekal disambungkan dari satu generasi ke satu generasi seterusnya.

       Kelompok pertama, apitan a- a dikenali sebagai  KT 5, maksud KT  ialah Konsonan Terakhir,

        Contoh:  Lada , huruf   ' d ' ialah satu huruf konsonan terakhir sebab selepas itu huruf  'a' vokal.

        KT 5 ialah,  L , W , D ,  NG ,  R  ,  ALA  CONTOH NYA  Jala,     [awa,  bawa ]

             جالا  ،  باوا  dikekalkan alif pada suku kata akhir.



Sebuah catatan Indah Seorang Munsyi Dewan Jawi

   Tepat jam 12.00 tengah malam, bas yang  membawaku ke Kuala Lumpur terus menderam, sesekali pemandunya membrek mengejut, aku termangu seketika, keadaan reda lena kembali  dikerusi empuk yang bolehku angkat ke atas dan ke bawah. Tujuanku satu, tekadku juga satu, pemergianku hanyalah bagi mengisi sekelumit ilmu untuk kupadukan dengan pengalaman yang sedia ada. Memantapkan ilmu Jawi! Ya, apabila surat jemputan bermaudhu'kan Bengkel Pemantapan Jawi" tanpa berfikir panjang, aku meletakan awlawiyatku untuk bertapa tiga hari di Institut Latihan Islam (ILIM ) , Bangi. Setibanya di Stesen Bas Kajang, inilah kali pertama aku menjejakkan kakiku di bumi Kajang, Bangi. Setelah selesai solat Subuh di surau berdekatan, telefonpun berdering " Anta di mana?" tanya Ustaz Yusuf, sahabat merangkap tuan rumah program. " Ana di surau, baru selesai solat subuh!"