Friday 7 December 2012

Muzakarah Munsyi Dewan

Bertempat di IAB, Genting Highland, Pahang.

Tarikh : 28 Nov - 1 Disember 2012.
Anjuran:
Dewan Bahasa Dan Pustaka


Bersama teman Jawi dari Kelantan Ust Mansor (kiri).

Ustazah Dalilah dan Ustazah Anita, khusyuk bermuzakarah.




Bersama Prof. Madya Dr Adi Yasran, UPM.
Alhamdulillah, keyukuran kepada Allah, kerana memberi peluang kepada kami, yang belum lagi menerima "title" Munsyi Dewan dipilih untuk turut serta memeriahkan perbincangan di sekitar permasalahan Bahasa, Sastera dan Jawi. Maklumat terkini, pihak penganjur akan berusaha menempatkan Munsyi Jawi melalui proses biasa dalam masa terdekat untuk terus membantu DBP menyemarakkan Jawi di seluruh pelusuk  bumi Malaysia!

Thursday 29 November 2012

Hari ini, masuk hari kedua, Ustaz di IAB, Genting Highland, Pahang. Hadir sebagai peserta Munsi Dewan dalam membincangkan isu-isu bahasa. Selama ini, gambaran Munsyi Dewan hanya untuk para pendidik bahasa Melayu sahaja, namun pada hari ini, telah terjelma pula Munsyi Dewan Jawi dan Sastera.

Tahniah kepada Dewan Bahasa dan Pustaka ( DBP ). Perbincangan oleh para ilmuan Melayu dan bukan Melayu, menghangatkan dewan utama IAB yang kesejukannya mencengkam tulang!

Saturday 15 September 2012



Jawi dengan kaedah mudah!

Jangan risau...kaedah nak memahami aturan hukum jawi ustaz telah jalankan untuk peserta kursus:
            
            Perkataan
ڬاڬه    هابيس    : Habis  -  Gagah : Ejaan ini adalah ejaan jawi secara lazim.
 
Lazimnya, Ha/  - suku kata tertutup = semua huruf rumi mesti ditulis  jawi . manakala "bis" suku kata tertutup juga ditulis semua huruf rumi dengan  huruf jawi

Ga/ : Suku kata terbuka, semua huruf ditulis jawi, manakala gah/ suku kata tertutup, hendaklah dibuang huruf a/ sebagai huruf alif. ( gah ) : suku kata tertutp yang mengandungi huruf "a" di tengah, hendaklah dibuang!
 
                Perkataan
سام  رات   : Rata - Sama : Ejaan jawinya luar hukum lazim. 
 
Kita akan ikuti sambungannya! fahami dulu ejaan jawi secara LAZIM

Friday 14 September 2012

Praktis Jawi di

Alhamdulillah! Setelah lama terfikir dan ingin mengetengahkan kaedah jawi kepada anak-anak pelajar di Maktab Mahmud, akhirnya,dapat juga ust dijemput menemui hampir 500 orang pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 2.
Wah! hebat benar dewan besar Maktab Mahmud, yang pertama kalinya baru siap dan pelajar dengan selesanya dapat mengikuti kaedah jawi bermula jam 8.00 pagi dan berakhir pukul 1.00 tengah hari!.




   Barulah semua warga Maktab Mahmud merasakan bahawa tulisan jawi bukan sahaja perlu dipelajari kaedahnya malah mereka akan berhati-hati menulis jawi yang betul.
لاما تيدق منوليس جاوي

 

Friday 27 January 2012

Smart Jawi

Seanjang cuti panjang persekolahan baru-baru ini, saya memerah idea dengan sedikit pengalaman dua, tiga tahun berkecimpung dalam bengkel serta ceramah penulisan dan ejaan jawi, menerbitkan satu lagi cara mudah mengenal jawi, aabila dibuat percubaan di SMK Tunku Malik, Alor Setar, saya dapati, teknik tersebut dapat mempercepatkan lagi penguasaan jawi kaedah yang disempurnakan, walaupun mengambil masa yang sama dari jam 8.15 pagi - 1.30 petang.
Buku Praktis Jawi Asas

Alatan "visualizer" amat membantu P&P Jawi.

Latih tubi dan bimbingan berterusan sepanjang bengkel

Terima kasih Ketua Panitia.