Saturday 25 May 2013







Cuti Pertengahan Penggal telahpun bermula. Kesibukan para guru juga tidak dinafikan turut mewarnai sekolah pada waktu-waktu begini. Ustaz menerima dua jemputan berturut-turut pada cuti kali ini untuk menyampaikan ceramah "Semarakkan Jawi" di dua buah sekolah. SMK Gurun, seramai hampir 200 orang peserta yang bakal menduduki peperiksaan PMR dan SPM dan SMK Sungai Limau hampir 100 orang peserta tingkatan 3 sahaja (PMR).
Tahniah kepada guru-guru dan pelajar yang sanggup memilih belajar dari bercuti pada saat-saat begini. Seronoknya Ustaz memberi ceramah di SMK Gurun kerana masing-masing belum mendapat pendedahan untuk menulis asas jawi berdasarkan pendekatan Ustaz sendiri.

          Pada peringkat awal, satu tajuk daripada tajuk-tajuk Jawi ini, iaitu DARLUNG, susah untuk pelajar memahaminya. Masalah besar Ustaz, apabila penerangan mengenai teori asas tajuk DARLUNG, semua mengangkat tangan apabila Ustaz menanyakan " Siapa yang sudah memahami apa yang Ustaz terangkan?"...
menandakan mereka memahaminya. Namun, setelah peserta melalui proses latihan, nak carikan peserta yang betul semua jawapan yang diberikan boleh dibilang dengan jari daripada ratusan pelajar yang hadir!

        Alhamdulillah, setelah Ustaz memperbaiki kesilapan  pendekatan tajuk  hasil pengalaman dengan peserta, nampaknya penerangan dan latihan yang dihasilkan peserta dalam tajuk ini menampakkan hasil! Tajuk DARLUNG ini, bukan sahaja gagal difahami dengan baik oleh pelajar malahan para guru-guru juga menghadapi masalah kefahaman yang sama!.
         Tajuk DARLUNG ini, memaparkan "sekejap ada alif dan sekejap tiada alif!". Berikut Ustaz cuba berikan tips pendekatan Ustaz bagi memahami tajuk ini:

  1.        Tuliskan tajuk besar : DARLUNG   : a     -      a   +   (         د ر ل و ڠ   ) 
  2.         Terangkan konsep a - a  dengan contoh:  kacak ( bukan a- a)   / kaca ( a- a)   Lawa /  lawak
  3.        Terangkan apitan a-a....huruf apa yang mengapitkan a- a dan dibandingkan ada atau tidaknya          dalam perkataan DARLUNG. Jika ada, ada alif jika tiada, tiada alif!   
  • Contoh perkataan  -  Kaca  :  apitan a-a ialah huruf 'c' dalam jawinya huruf   چ    apabila dilihat pada  DARLUNG tiada pun huruf   چ,   maka pada akhir  perkataan   Kaca,    'a'  digugurkan! ditulis begini ejaan 'kaca' dalam jawinya  کاچ.

  • Contoh perkataan - Lada - apitan a-a ialah huruf d, dalam jawinya huruf  د . Huruf  د  terdapat dalam DARLUNG maka begini ejaan dalam jawi:  لادا. Ada huruf alif pada akhir perkataan lada!
     Dengan pendekatan demi pendekatan dan disulamkan dengan latihan pelbagai aras, alhamdulillah, majoriti pelajar dapat mengambil manfaat berguna kaedah Jawi yang dipelajari. Sekali gus, gambaran awal tentang malapnya jawi, susahnya jawi, pelbagai andaian negatif tentang jawi dengan sendirinya peserta menjawab " alangkah indahnya Jawi!.







Tuesday 21 May 2013

Homograf

Dalam ejaan jawi, terdapat satu tajuk yang banyak diperbahaskan di media umum mengenainya, tajuk yang dimaksudkan ialah Homograf. Ahli bahasa, ada yang berpendapat kalau hendak memperkayakan bahasa dan tulisan, biarlah ejaannya satu dan maknanya berbagai. Manakala homograf bermaksud, tulisan yang sama tetapi maksudnya berbeza. Untuk mengaplikasikan tulisan homograf dalam tulisan Jawi, ia mempunyai kaedah tersendiri:

  • Boleh diubah tulisan:
    • Salah satu perkataan yang berhomograf mempunyai huruf "a".
          • Banci : Benci       
            • بنچي : بانچي 
    • Kedua-dua perkataan homograf itu tidak mempunyai sebarang penambahan imbuhan.
          • Puasa  : Puas
          • ڤواس : ڤواسا
  • Tidak boleh diubah:
    • Tidak terdapat huruf "a" dalam salah satu perkataan homograf.
          • Koko / kuku
          • کوکو \کلوکو
    • Salah satu perkataan homograf terdapat imbuhan.
          • Mantap / menetap
          • منتڤ \ منتڤ
  • Hingga hari ini, perbahasan mengenai Homograf masih lagi kedengaran, namun begitu dengan pemakaian sistem ini dalam edisi kamus terkini masih lagi berlangsung sistem di atas maka semua pelajar yang menuntut dipelbagai institusi pengajian akan terus menggunaka pakai kaedah Homograf ini.