Homograf
Dalam ejaan jawi, terdapat satu tajuk yang banyak diperbahaskan di media umum mengenainya, tajuk yang dimaksudkan ialah Homograf. Ahli bahasa, ada yang berpendapat kalau hendak memperkayakan bahasa dan tulisan, biarlah ejaannya satu dan maknanya berbagai. Manakala homograf bermaksud, tulisan yang sama tetapi maksudnya berbeza. Untuk mengaplikasikan tulisan homograf dalam tulisan Jawi, ia mempunyai kaedah tersendiri:
- Boleh diubah tulisan:
- Salah satu perkataan yang berhomograf mempunyai huruf "a".
- Banci : Benci
- بنچي : بانچي
- Kedua-dua perkataan homograf itu tidak mempunyai sebarang penambahan imbuhan.
- Puasa : Puas
- ڤواس : ڤواسا
- Tidak boleh diubah:
- Tidak terdapat huruf "a" dalam salah satu perkataan homograf.
- Koko / kuku
- کوکو \کلوکو
- Salah satu perkataan homograf terdapat imbuhan.
- Mantap / menetap
- منتڤ \ منتڤ
- Hingga hari ini, perbahasan mengenai Homograf masih lagi kedengaran, namun begitu dengan pemakaian sistem ini dalam edisi kamus terkini masih lagi berlangsung sistem di atas maka semua pelajar yang menuntut dipelbagai institusi pengajian akan terus menggunaka pakai kaedah Homograf ini.
Kuku : Kuku _____ کوکو : کوکو
ReplyDelete