Thursday, 15 December 2011

Persidangan Kebangsaan Tulisan Jawi Kali Ke-2 di Perpustakaan Negara Malaysia, KL

Sudah lama saya menyimpan hasrat untuk bertemu dengan tokoh-tokoh tersohor tulisan jawi di Malaysia.Hanya baru-baru ni pada tanggal 5-6 Disember saya sangat teruja dengan pertemuan tersebut...Dalam program "Persidangan Kebangsaan Tulisan jawi Kali ke-2 di Perpustakaan Negara .
Bersama Tn Hj Hamdan( Penyelidik UKM), Ust Ujud Sindut ( Penulis Buku Kaedah Ujudi) dan Tn Hj Azman (DBP)

Tn Hj Azman Hj Ahmad sedang kusyuk meneliti bahan yang akan dibentang dalam sidang.

Ust Hj Azman al Kurauwi sedang membaca doa.

Bersama Tn Hj Hamdan Abd Rahman ( Penulis buku Panduan Menulis dan mengeja Jawi )
             Pertama saya hanya kenal namanya, Tn Hj Hamdan Abd Rahman, tetapi kali ini saya duduk bersamanya dan banyak berbual mengenai jawi semasa, saya ucapkan terima kasih tidak terhingga kepadanya kerana buku beliau "Panduan Menulis dan Mengeja Jawi" keluaran tahun 1999, menjadi rujukan utama disepanjang penglibatan saya dalam arena memartabatkan jawi, Saya menjadikan tajuk-tajuk keseluruhan buku tersebut sebagai "rumuz" bagi kefahaman yang cepat anak-anak didik saya. Beliau juga menasihatkan saya agar meneruskan kerja-kerja mulia ini, kerana siapa lagi kalau tidak kita untuk mengekalkan khazanah warisan yang berharga ini. Beliau juga mempunyai pandangan yang bernas lagi kritis dalam menyampaikan hujahan pada seminar tersebut.

           Keduanya, saya juga berkesempatan bertemu dengan Pakar rujuk Jawi DBP, Tn Hj Azman Hj Ahmad, beliau sangat teliti dan mudah fokus terhadap sesuatu yang dilihatnya, sebagai contoh saya menunjukkan buku saya, dengan tiba-tiba beliau menegur," tolong betulkan ... DBP mana ada kaedah Jawi, DBP hanya menyelaras sahaja..". Tergamam saya...kerana sejak tiga tahun buku ini dipasaran, ini kali pertama teguran yang saya terima, terima kasih....saya juga tunjukkan kaedah yang saya gunakan untuk sasaran, beliau bersetuju dan memang ada sedikit persamaan dari segi kaedah penyampaian. Beliau juga mengajak saya dan juga rakan yang berkemampuan menguasai jawi untuk bersama dengannya bagi mengembangkan lagi kaedah  Tulusan Jawi Yang Disempurnakan ( AJYAD) keseluruh pelusuk tanahair tercinta ini. Kehebatan beliau amat terserlah bukan sahaja di bidang tulisan warisan ini bahkan juga beliau terlibat  mengarang novel-novel dalam bentuk dakwah. Tajuk yang beliau  bentangkan Pengajaran Jawi di Media Massa, Mahir Jawi TV 9.  Kupasan dan hujahan serta cadangan yang dikemukakan membuka mata ahli persidangan betapa jawi walaupun nak dipersadakan dalam masyarakat, namun di sana pihak berkenaan perlu berhati-hati menyiarkan bahan berttulisan jawi agar masyarakat yang menonton dapat bimbingan yang tepat tentang bahan yang disiarkan. Syabas Tn Hj Azman, amat berfungsi mencelik minda audien.

          Yang ketiganya saya juga berkesempatan bertemu muka dengan Pensyarah Kanan Fakulti Bahasa dan Komunikasi  di UPSI, Tn Hj Profesor Dr Muhamad Bukhari Lubis, yang memotivasikan saya dan rakan, ust Mansor dari Kelantan untuk menyambung pelajaran di peringkat sarjana dengan menulis tajuk berkaitan tulisan jawi,Waah..! beruntungnya saya dan rasa cukup berbaloi dengan kehadiran saya di sana, walaupun pada masa yang sama banyak komitmen lain perlu saya bereskan tapi saya abaikan demi merebut peluang keemasan yang entah bila pula dapat saya sertai lagi.

3 comments:

  1. Assalamualaikum, Tuan Sabri,
    Apa khabar? Salam ziarah. Gembira melihat kewujudan blog Jawi yang baik seperti ini. Teruskan menulis. Jangan pernah takut untuk memberi. Setiap kali kita memberi, lebih banyak kita akan menerima.

    al-Kurauwi

    ReplyDelete
  2. وعليكم السلام..

    Khabar baik, tuan Hj...Gembira rasanya tuan berkunjung ke gerobok sepi ini...terima kasih. Cetusan semangat yang sebegini, membuak-buak rasanya kalam jawi akan dihamburkan kepada anak-anak didik pada sesi 2012 nanti, sekarang saya berteman dengan para sifu, ,menambahkan lagi keyakinan " Jawi tidak mengelirukan, hanya mereka yang mengaku itu, ini tanpa berguru sahaja yang menambahkan kekeliruan"....

    ReplyDelete