Sepanjang pengalaman aku memberi ceramah jawi di pelbagai aras umur, sama ada di sekolah atau pun di mana-mana institusi yang menjemput, para peserta merasakan masa yang diberi mmg tidak mencukupi, apatah lagi dengan kepuasan yang diperolehi setelah lama ejaan jawi tidak mampu dibetulkan...apapun tulisan jawi memerlukan masa yang berterusan untuk mendapatkan kemahiran.
Dalam menghadapi karenah peserta, andainya peserta pelajar yang pintar, otak yang bernas, maka kecepatan kebolehfahaman amat tinggi...senang saja bagaikan air menuruni cerun bukit tanpa sekatan sampah yang menghalang namun sebaliknya, batinku menjerit-jerit, apabila peserta pelajar yang lembam jawi..segala jenis maknenek huruf tak diperasannya! tanya ini huruf apa? tak tahu..segalanya tidak diketahui mengenai species huruf jawi..dahpun tingkatan 5...Dari situ, ujian mindaku pun berputar-putar...bagaimana sepatutnya aku bermula andainya situasi pelajar yang betul-betul lenyap huruf jawi dalam minda mereka...Maka dari situlah juga aku mengupgredkan gadjet P&P jawi semasa kursus..kalau nak dikirakan overhead jawiku melepasi angka 5K...namun aku puas, belanja lebih asalkan semua kerja jawiku dipersembahkan tanpa gangguan...mana tidaknya, sekali ceramah melibatkan peserta pelajar tingkatan 3 & 5..menghampiri angka 500 org dalam satu masa...Kata2 motivasi Arab : "Hendak cemerlang, nyalakan pelita disepanjang malam".
No comments:
Post a Comment