Saturday, 29 October 2011

Pedagogi Kaedah Jawi Pra Sekolah












Hari ini, hari yang penuh besejarah, Pengkaedahan Jawi telah berlangsung dengan jayanya di Universiti Kebangsaan Malaysia, Perasmian oleh Prof. Madya Dr Sufyan Hussein, Aktiviti yang berlangsung selama 4 jam ini, berjaya menyelesaikan sedikit "kemelut, delima" yang dihadapi oleh para guru. Konsep membetulkan kesilapan dan cuba lagi dengan latihan-latihan intensif sepanjang kursus membuatkan semua peserta dapat meleraikan kekusutan yang sentiasa menyelimuti benak akal fikir guru-guru pra sekolah. Akur dengan masa program ditamatkan jam 5.00 petang, Syabas dan tahniah kepada semua peserta yang hadir. Jumpa lagi!

Thursday, 27 October 2011

Praktis Jawi : SK Kuala Ketil

Pintu masuk sekolah.
Peserta kursus kusyuk mendengar ceramah.
Beramah mesra bersama peserta tahun 5 dan 6.
Sepanjang cuti ni, saya dijemput menyampaikan ceramah Praktis Jawi Baru, di beberapa tempat. Salah satunya di SK Kuala Ketil, selama 2 hari pada 24 dan 25 Oktober 2011.. Pihak penganjur nak 2 hari sebab, peruntukan masih ada, pelajar cepat dapat dan faham serta ini akan dijadikan aktiviti tahunan. Saya pun menerima dengan hati berbunga-bunga,sebabnya murid pesertanya tahun 5 dan 6...hampir 200 orang.

Hari pertama, mereka hanya diberikan kaedah asas jawi manakala hari kedua, tajuk-tajuknya agak "tinggi" apapun dengan dibantu tiga orang fasi, Azizan, Marhaini dan Fauzi ( semuanya sebaya, lepasan PMR ), suasana membungkam yang menyelimuti peserta semakin riuh dan kecoh dengan masing-masing berlumba-lumba untuk bersaing sesama sendiri menulis, mengeja jawi dengan tepat.

Seperti biasa, murid-murid peserta dibetulkan tulisan huruf hijaiyah, rata-rata peserta kursus di mana-mana tempat pun yang saya ikuti, tulisan sangat bermasalah. Paling merimaskan, mereka dapat menguasai kaedah tetapi tidak mampu meyambung, merangkai, menghubung huruf-huruf jawi. Terlintas juga nak menyelidik cara terbaik, jalan pintas cara menyambung huruf dengan cepat tetapi dengan kekangan masa dan komitmen lain yang berterusan datang tanpa diduga akhirnya seperti seadanya " kamu kena belajar dengan ustaz-ustazah selepas ini untuk menghubungkan huruf",   halus bahasanya.....
Bersama PK HEM, En Yusuf Abdullah.
Saya berterima kasih kepada Guru Besar, Penolong Kanan Hem, dan Ketua Panitia P. Islam serta ustaz/ustazah yang setia menjaga karenah anak-anak buah,  Usaha memartabatkan jawi dipersada dunia amat dihargai moga akhirnya, meeka akan celik minda, kenal diri, serta tinggi budinya...jumpa lagi insya Allah seepas ini di UKM,  pesertanya, seluruh guru Pasti Negeri Selangor.



Saturday, 22 October 2011

Jawi: SMK Guar Perahu Indah, Seberang Prai Pulau Pinang

Pada tanggal 22 Oktober 2011, bertempat di Dewan Besar SMK Guar Perahu Indah, berlangsungnya Program Pengkaedahan Jawi DBP, seramai 101 orang pelajar  teah mengikuti pogram ini. Bermula jam 8.15 pagi dan berakhir jam 1.00 tgh hari.

Semua peserta terdiri daripada pelajar tingkatan dua. Saya ditemani dengan empat orang fasilitator yang terdiri daripada pelajar lepasan PMR, Marhaini Bt Adli. Fauzi Abd Talib dari SMK Muadzam Shah dan  Azizan Sabri ( SMA Nahdzah )  banyak membantu memberi tunjuk ajar kepada semua peserta.

Peserta program begitu teruja mendalami tulisan Jawi , tulisan warisan bangsa yang kian terpinggir. Semoga usaha yang sedikit ini akan menyumbang urtuk memartabatkan tulisan Jawi.

Thursday, 20 October 2011

Orang penting disebalik tabir "Buku Praktis Jawi"

Dua orang penting ini, seorang adik saya sendiri Abdul Halim, selaku penerbit buku Praktis Jawi, manakala disebelahnya anak saya, Tasnim, yang bertindak sebagai Fasilitator dan tiada dalam gambar seorang lagi anak saya, Mohammad Fathi, namun salah seorang daripadanya, Tasnim telahpun menyambung pelajaran ke Jordon. jurusan pengajian bahasa Arab.
Abdul Halim, usahawan cetak mencetak ini, sentiasa memastikan semua buku yang diminta dapat disiapkan dengan kadar segera, walaupun "payment" tidak seperti yang disegerakan...itu kelebihannya. Apapun tulisan jawi  diantara input penting syarikat yang dimilikinya, tempahan yang kadang-kadang dapat disiapkan hingga larut malam, mujur juga, pembantu syarikatnya, Abu Bakar teman persekolahan juga teman rapat dan setia bekerja " habis pulun" dan menekuni semua kerja yang diamanahkan....syabas semua.

Monday, 17 October 2011

Bengkel Jawi Di Sek Keb Seri Wangsa Kuala Ketil

Seramai 67 orang pelajar tahun 5 dan 6 telah menyertai program Kaedah Jawi Yang disempurnakan buat kali kedua, masih banyak perlu dibuat usaha susulan bagi peserta untuk terus menguasai tulisan jawi dengan kaedah yang telah disempurnakan, kerana mereka bakal menghadapi peperiksaan seterusnya. Tahniah kepada pihak sekolah yang menganjurkan program tersebut, Guru besar dan tidak ketinggalan Ustaz Zulkifli, guru JQaf yang berdedikasi..

Sunday, 16 October 2011

Jadual Bengkel Pengkaedahan Jawi

Jadual Bengkel Pengkaedahan Jawi:
  22          Oktober 2011   -  SMK Guar Perahu Indah Pulau Pinang
  24 - 25   Oktober  2011  -  SR Keb Kuala Ketil, Kedah
  29 - 30   Oktober  2011    - Guru-guru Pasti Negeri Selangor.

Saturday, 15 October 2011

Aku Namakan "Praktis Jawi."

Ya...sahabat, dulu masa mudanya, saya amat aktif dengan kegiatan jamaah, jamaah yang bercita-cita merealisasikan Islam sebagai pemacu dalam pelbagai aspek di negara ini. Setelah puas di alam remaja, jiwa muda, pun tamat mengikut undang-undang organisasi, Saya meneruskan kegiatan aktiviti diperingkat seterusnya, namun dengan peredaran masa, perubahan rasa keinsanan sesama insan dalam berorganisasi rupanya bagaikan roda, setelah keintiman bersama-sama sahabat yang begitu setia dengan jamaah berpindah tempat, membawa haluan kerja dan isteri masing-masing maka yang tinggalnya hanya boleh dibilang dengan jari....lantas, saya mesti mencari sesuatu yang paling diminati untuk mengorak kehidupan berkeluarga seterusnya maka inilah yang dapat saya ketengahkan untuk masyarakat pelajar dan semua lapisan "Praktis Jawi".

     Saya mula menapak dari sekolah ke satu sekolah, membawa formula jawi, bagi saya mudah, rupanya sukar juga untuk mendekati remaja sekolah yang telah lama memerap huruf jawi setelah ditinggalkan seusai sekolah rendah. Cabaran demi cabaran, akhirnya, tanpa sedar, buku Praktis Jawi semakin berubah rupa wajahnya, dari yang streotaip, kini menjadi satu fenomena? baru diperingkat sekolah....

Pengkaedahan Jawi Sekolah Rendah

Saturday, 8 October 2011

Mari Belajar Jawi

Sepanjang pengalaman aku memberi ceramah jawi di pelbagai aras umur, sama ada di sekolah atau pun di mana-mana institusi yang menjemput, para peserta merasakan masa yang diberi mmg tidak mencukupi, apatah lagi dengan kepuasan yang diperolehi setelah lama ejaan jawi tidak mampu dibetulkan...apapun tulisan jawi memerlukan masa yang berterusan untuk mendapatkan  kemahiran.

Dalam menghadapi karenah peserta, andainya peserta pelajar yang pintar, otak yang bernas, maka kecepatan kebolehfahaman amat tinggi...senang saja bagaikan air menuruni cerun bukit tanpa sekatan sampah yang menghalang namun sebaliknya, batinku menjerit-jerit, apabila peserta pelajar yang lembam jawi..segala jenis maknenek huruf tak diperasannya! tanya ini huruf apa? tak tahu..segalanya tidak diketahui mengenai species huruf jawi..dahpun tingkatan 5...Dari situ, ujian mindaku pun berputar-putar...bagaimana sepatutnya aku bermula andainya situasi pelajar yang betul-betul lenyap huruf jawi dalam minda mereka...Maka dari situlah juga aku mengupgredkan gadjet P&P jawi semasa kursus..kalau nak dikirakan overhead jawiku melepasi angka 5K...namun aku puas, belanja lebih asalkan semua kerja jawiku dipersembahkan tanpa gangguan...mana tidaknya, sekali ceramah melibatkan peserta pelajar tingkatan 3 & 5..menghampiri angka 500 org dalam satu masa...Kata2 motivasi Arab : "Hendak cemerlang, nyalakan pelita disepanjang malam".