Hari ini, masuk hari kedua, Ustaz di IAB, Genting Highland, Pahang. Hadir sebagai peserta Munsi Dewan dalam membincangkan isu-isu bahasa. Selama ini, gambaran Munsyi Dewan hanya untuk para pendidik bahasa Melayu sahaja, namun pada hari ini, telah terjelma pula Munsyi Dewan Jawi dan Sastera.
Tahniah kepada Dewan Bahasa dan Pustaka ( DBP ). Perbincangan oleh para ilmuan Melayu dan bukan Melayu, menghangatkan dewan utama IAB yang kesejukannya mencengkam tulang!